Sunday, July 19, 2009

What have u DONE!!!

Sejenak tadi aku godek-godek ah blog ni nak bagi kasi menawan dan pembaca senang nak view dengan perasaan tenang dan tak serabut kepala dengan font yang terlalu neon dan kaler background yang terlalu buruk sehinggakan sesiapa yang terlink kat blog ni terasa mahu jadi the first time and the last time to come here. Aku terjeles ngan blog kutin yaya yang kaler pink and white siap ada strowbery gitu. lepas tu ngan perasaan teruja lebih aku pergi ah google girly blog template. Ceh ceh nak bagi jadi girly jugak laman aku nih. T__T



Dah dapat website yang diyakini senang nak download template tu dan curi template yang agak agak geli tu. Ish, tersilap taip plak. Yang agak-agak girly aku pon try ah attach and preview. Lepas satu satu aku try dan rasa tak puas hati sebab rasa tak geli sangat aku pon cari lagi. Tup tup aku tersilap tertekan apa ntah membuatkan blog aku jadi cenggini ha sekarang. BUUURUUUKKK giler ah aku rasa. Dah lah sume bloglist aku semua dah kena delete. Semua dah tak ada yelek tara ada NOT here now. Kesal kerana tak boleh nak link ngan senang ke blog follower yang havoc, member lama, member baru, akak-akak yang cun, barang-barang online seperti tudung dan henfon walaupun tak mampu beli sekadar ushar jek. Tsk. Sungguh kesal.



Semua tu nak kena build up balik nak make up kasi lawa-lawa, nak kena link semua followers, blog yang best,member- members,website yang selalu aku pi lepak dan oh bernasib baik aku tak kehilangan follower aku.fuh! sayang weh aku kat korang. So, sape yang nak jadi kesayangan aku sila jadi follower aku. Acewah. Malam kang wa belanja lu ceketiauw tapi bayar sendiri punyer duit ah.



OMG lagi sedey terasa sunyi sepi tanpa kedai kopi aku tempat korang datang relek walaupon aku tahu bukan korang terasa nak baca pon ape aku mencarut membebel mengumpat menstory telling buat letih tangan kat laman ni. Its ok la daripada jadi orang yang tak pernah datang langsung melawat laman shazika shahrim.



Lepas ni aku dah serik nak main tukar-tukar blog template. Tak pasai-pasai laman ni jadi macam sampah langsung tak da orang nak singgah. Harap maaf kalau kadang-kadang korang nak masuk tak dapat kat laman ni sebab tuan rumah nak kena renowet rumah dia buat sementara waktu. Sebarang kesulitan amatlah dikesali seperti aku sedang kesal gatal tangan nak tukar template. So…adios semua. Cekedaut.

2 comments:

intanurulfateha said...

.jgn la nanges
.comel gak layout neh :)

Anonymous said...

nak jadi pinky konon mg azie