Monday, November 30, 2009

Alahai Mak Teh Mak Ngah

salam semua..

Saya masih wujud la. Dont wory selagi akal masih waras dan nyawa masih ada shazika masih akan menaip di sini. Alahai, rindu saya kah?? Hehehe~~

...............................................................................................................................




Mak Teh mempunyai seorang anak gadis bernama Rosnah. Mak Ngah ada anak lelaki bernama Azlan. Mak Teh dan Mak Ngah adalah adik beradik so, Azlan ngan Rosnah adalah sepupu.


Apabila Azlan dan Rosnah meningkat remaja, mereka di lamun cinta dalam diam tanpa pengetahuan family mereka. Sehinggalah satu hari mereka bercadang untuk bertunang dan berterus terang akan hubungan mereka. Akhirnya, mereka pon di tunangkan.


Hubungan yang terjalin tidak kekal lama. oleh kerana terdapat salah faham antara Rosnah dan Azlan menybabkan family mereka turut masuk campur. masing-masing ingin menegakkan kebenaran. tak mahu beralah. Si anak pula makin gelisah hubungan ibarat retak menanti belah. Akhirnya tali pertunangan mereka pon terputus.


Oleh kerana frust dengan cinta mereka, Azlan telah mendirikan rumah tangga tapi bukan dengan Rosnah. Manakala Rosnah juga telah mendirikan rumah tangga bukan juga dengan si Azlan. Masing-masing telah mempunyai cahaya mata hasil daripada pasangan masing-masing.


Persengketaan tak terhenti di sini. Mak Ngah dan Mak teh masih bergaduh. Jika ada family gathering salah satu family mesti tak hadir. Kalau dua dua datang pon, duk mengata sesama sendiri. kau mengata anak aku, aku mengata anak kau. Macam tu lah lagaknya.


Dek kerana teruknya pertelingkahan mereka sehinggakan di hari kematian ayah mereka (datuk Azlan dan Rosnah) pon masih begitu sampai sekarang.


Kisah ini memberi pengajaran buat aku dan ahli keluarga yang lain jangan bercinta atau menaruh perasaan sesama kami. Cukuplah perihal Mak Teh ngan Mak Ngah jangan di contohi. Kami kena di anggap macam adik beradik.


Aku pon tak lah rapat sangat dengan sepupu lelaki yang sebaya atau lebih tua dari aku. Takut tertimbul perasaan pula nanti. hehehe. So kengkawan, kalau ada menaruh perasaan kat sepupu sendiri simpan je la dalam hati. Jangan jadi macam Rosnah dan Azlan.




.

8 comments:

intanurulfateha said...

.ish ish ish ish~

cikNiarun said...

hahah..aku tak pernah "selera" dengan sepupu sepapat..

ceksumolek's said...

huuu~ xpenah lagi dgar cite mcm nih.. mintak jauhkan..

Anonymous said...

aku bukan sepupu ko kan
jadi kita leh ler ni
hehehe

shazika said...

nurain:

hahha..
mana la tau kot2 ko bselera

shazika said...

sis intan:

ish3

shazika said...

☺[ai][sUmi]☺Chan:

this is the real story

shazika said...

fcc:
amboi2 kamu ni