Sunday, April 4, 2010

Nanti saya juga akan menempuhinya

Hari Jumaat hari tu, saya dan beberapa pelajar perempuan kelas saya dihalau oleh Puan keluar dari kelas sebab datang lambat. Semasa saya sampai ke kelas Puan dah ada, budak lelaki semua dah ada dalam kelas, budak perempuan ada beberapa orang je. Saya tengok jam, alamak dah pukul 8.04am. Tapi masih ada lagi yang lambat dari saya. Puan memang marah sangat-sangat. Bila semua dah sampai, Puan suruh kami keluar. Kami semua (yang datang lambat) sangat takut terus keluar. Kesian kawan-kawan yang datang awal kena dengar Puan marah. Saya sangat rasa bersalah sebab datang lambat menyebabkan Puan marah.



Lepas waktu kelas tamat petang tu, saya dengan seorang kawan pergi berjumpa Puan. Kami minta maaf. Puan menasihati kami, sebagai bakal guru kami tak boleh berperangai macam tu. Kena ada disiplin. Memang sebelum sebelum ni kami pernah datang lambat tapi Puan tak marah, cuma perhatikan je. Masih sabar. Tapi bila Puan asyik memerhati dengan mata sahaja dan bersabar dalam hati tanpa bersuara kami lagilah buat. So, Kami perlu ditegur.



Puan cakap, nanti bila kami dah jadi pendidik kami akan tempuhi benda yang sama. Berhadapan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah, kaki ponteng, pelajar datang lambat, buat bising masa kelas, pelajar nakal, kaki buli, tak siapkan kerja sekolah. Takkan saya nak tengok je dan biarkan budak-budak tu buat masalah tanpa tegur. Tindakan Puan pada hari tu adalah betul. Jika Puan tak marah tak nasihat kami mungkin sampai bila-bila pon kami akan berperangai macam tu. Baiklah, demi bakal anak anak didik saya pada masa hadapan, saya akan datang awal ke kelas. Oh! esok ke kelas sebelum pukul 8.00 pagi. Ingat ye kawan-kawan




20 comments:

Ummu Khalyf said...

hoho, naseb baek larh i tak penah masuk lmbt kat kelas. kalu masuk lambt pown mase lecturer yg baek2 jerk +__+ xsnonoh :P haha

Nurmala Mazlan said...

Oooo~ nak jadi cikgu ye?? Insyaallah~

shazika said...

dr cinta: x snonoh kamu. sy pon x snonoh jgk. smela kite

rOsALiNdA : chekgu-to-be.insyaallah.

tujuhhariseminggu said...

wah... sungguh garang ye Puan itu... takpe... baguih... :)

mie said...

tahniah!!
akhirnya kena marah juga..
berbuih-buih gue nasihat...
hohohohohooo

Niniekartini said...

semoga menjadi pendidik yg hebat! ;)

ILA HonEyBuNNy said...

takotnya ila dgn puan tu...hehhehe...nti jgn dtg lwt2 tau bakal cikgu...;-)

Chik chuMeLL said...

hehehe...marah sbb syg kamu semua tu sis..yg penting kualiti kan..all the best dear..=)

|.a.r.i.e.z.a.| said...

wahhh sungguh begitu smgt puan tu. tabik sikap dia. cmtu baru boleh jd role model yg baik utk jd pendidik :)

shazika said...

tujuhhariseminggu : sangat baguih.

mie: hamboi mie, sampai bebuih. bahaya ni. kena bawak gi ospital sblom merebak

Ninie Fairuz: tengkiu :)

shazika said...

HonEyBuNNy : orait ila. ingatkan slalu ye

Chik chuMeLL: btol2. sy stuju

lesbo: mmg puan sgt bsemangat. kami suka puan tu

annadzirah said...

hoho.
saya xpernah dtg lambat.
d:

Asfan Ash said...

ye bakal cikgu, jangan buat lagi tau. Walaupun kita ni orang melayu tapi janganlah kite amalkan dan menyetujui kata-kata "janji Melayu" tu

Muhammad Adam Rayyan said...

hehe, bagusla chegu nak berubah. nanti murid2 yang isi late arrival form utk chegu nanti hak hak hak

manish said...

pun slalu gak dtg leawt, tp bernasib baik tak kena halau.. tp penah gak ada coursemate yg dtg lambat kena halau.. nasib dorang la.. hehe

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Ngeeee


jgn datang lambat t cikgu l0lly ghotan :P

enyheartsdiamond said...

haritu masuk klas lambat..tb2 kena buat kuiz ttg topik yg x belajar lagi.. padan muka! :p

hans said...

hehehe
jgn buat lagi yer
hehe

Nurul Harun said...

hehehe, bagus bagus!~ perbaiki diri kan?

Athirah Ibrahim said...

ohohoho. pernah tak datang kelas terus sebab lambat walaupun dah sampai depan kelas. takut kena marah punya pasal. haishh.