Monday, May 17, 2010

'DIA IBUKU' Contest @ CahayaChenta *sedikit kisah tentang siapa saya*


Saya mempunyai seorang emak yang melahirkan saya. Saya amat berterima kasih kepada Puan Shahrim sebab sudi melahirkan dan menjaga saya sampai saya dah sampai tahap boleh nak kahwen dah ni. Terima kasih sebab saya tak dibuang macam kes-kes buang bayi yang makin berleluasa sekarang. Puan Shahrim lahirkan saya pada 15 Ogos, saya tak harapkan sangat orang sambut besday saya pada tarikh tu.



Yang belakang tu emak saya. Yang depan tu monster saya.



Bila tiba 15 Ogos saya send SMS "Emak, terima kasih melahirkan Puteri Shazika pada tarikh ni".



Kisah paling tragis pernah terjadi dan melekat sampai ke hari ni dalam kepala otak saya apabila Encik Shahrim dan Puan Shahrim accident masa nak ambil saya pulang ke kampung.



Cerita nya macam ni, masa form 3 saya belajar di Kedah dan balik ke Terengganu menaiki bas dengan kawan-kawan saya. Bas yang saya selalu naik malam pastu sampai ke Terengganu awal pagi sebelum subuh. Sampai stesen saya akan kol Shahrim untuk datang ambil. Saya pon tunggu. Tunggu punyer tunggu punyer tunggu Shahrim tak datang-datang lagi.



Member-member saya semua dah blah balik rumah dorang. Saya tunggu lah sorang-sorang pastu kol lagi Shahrim bila nak sampai ni. Jap lagi sampai la. Tunggu lagi pastu lama sangat saya kol lagi, Encik Shahrim jawab, Shahrim ada kat hospital, accident!



Wohaaaa.. sebab kau la ni Azie, Shahrim accident. Tak sabar-sabar sangat. Pastu lepas solat subuh mak su saya mai ambil bawa pergi hospital. Masuk je dalam hospital saya terus lilau-lialu cari mana Shahrim. Pastu adik-adik datang bawak saya ke bilik Shahrim kena rawat. Saya nampak je Shahrim saya terus dakap nangis-nangis minta maaf sebab saya yang tak sabar-sabar sangat. ( eh, air mata saya tercicir plak ketika taip citer ni).



Dahi Puan Shahrim begkak macam ikan flower-horn. Hidung dia dah tak mancung macam dulu lagi. Dah penyet sket. Encik Shahrim tak teruk sangat cuma kepala dia terhantuk dekat cermin depan. Ada luka-luka terkena serpihan kaca. Alhamdulillah Allah selamatkan Shahrim saya.




Hidung emak saya kemek dah kan. (Bertudung kunig)




Lepas kejadian tu, saya tak pernah paksa dorang nak datang ambil saya kat stesen bas pukul berapa. Saya tak paksa Shahrim datang melawat saya kat tempat belajar. Biarlah kawan-kawan lain mak ayah dorang datang. Saya ushar je la dari tingkap bilik. Dalam hati bengkek jer.




Semasa saya di matrik Pahang selama 1 tahun, tak pernah ada ahli keluarga datang melawat saya. Shahrim mai hantar saya untuk daftar, pastu ambil saya pada akhir saya kat matrik tu.




Saya memang terasing sedikit daripada keluarga. Sejak form 1 saya duduk berjauhan dengan Shahrim. Sampai sekarang. Saya berhubung dengan Shahrim melalui fon je la. Sekarang Puan Shahrim makin sibuk sejak dia bertukar sekolah dan naik pangkat. Kalu saya kol waktu siang mesti dia tak angkat fon. Nak tunggu dia kol saya, mmmm jarang sangat. Tapi tak pe. Saya tak sabar nak balik bercuti 4 Jun ni. Miss Shahrim sekeluarga. Yiiihaaa...!!




Buat pertama kalinya taruk gambar family dalam blog. T__T




Ibu, kamu adalah anugerah terhebat buatku kerana....hebat lah sebab dapat lahirkan Shazika. Bukan semua pompuan dapat lahirkan anak. Masa mengandung angkut saya dalam perut ke hulu ke hilir. Oisshhh, nak beranakkan saya pon kira hebat jugak la kamu ni Puan Shahrim. Wohaaa.. hebatlah kamu Puan Shahrim.



Okey. Berkenaan dengan blog CahayaChenta. Empunyer blog tu nama dia Nur Raihan Bt Mohamed. Saya join contest ni pon sebab dia yang invite saya. Saya kenal blog ni masa sedang blogwalking. Saya tinggal komen kat belog dia dan ada respon dari dia. Entry blog tu pon simple dan senang nak baca. Tak berat nak loading masuk blog tu. I like u! Keep blogging.


Jomla join ^___^






18 comments:

Anonymous said...

awek tudung merah tu macam cikgu mai. hahaha.. xD

noorafzan.blogspot.com said...

yang tudung merah tu sapa lak.?

hans said...

gudluck

Aidy Shahiezad said...

kalo tk kerana contest, tk bercerita la ek psl family... hehehe..

Guru said...

oo ramai adik beradik shazika dlm gambar..

mie said...

wahh!!!
ibu mertuaku...
ku jua menyayangi mu...
hehehehe

shazika said...

maisara pot pot:

itu bukan cikgu.
itu member emak saya
hehehehe

shazika said...

hans:

tengkiu hans hensem
^_____^

shazika said...

oh..
saya tak suka sangat bercerita ttg famly
tak banyak cerita nak kongsi

adik2 semua 6 orang

mie:
anak ibu mertua merinduimu
T____________T tsk.

Unknown said...

noted..

thanks sbb join contest yer shazika... ;)

stingray said...

15 ogos ekk??

aku 16 ogos hehe

eik`S noName said...

ooo...so terharu dgr cite...

Aduka said...

best juga baca..
jgn derhaka pada ibubapa kamu tau..
=)

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

walau kemek..tapi sweet lor~~

shazika said...

cahayachenta:
ur welkem.
hrp contest d trima

stingray:
jom sambut besday sama2
T_________t

eik's noname:
sob3..

aduka:
baeklah bro aduka
:))

alvin:
tercantik dalam hidupku

mie said...

rapi gue merindui ibu mertuaku lebih dari anaknya...
bisakah???
hehehheeee

kata kila said...

hepi family dear, btw gudluck taw!! :)

Rara said...

krim slm kt mak..hehe :)