Friday, August 20, 2010

Cerita terawih aku



Assalamualaikum semua. Aritu aku baca satu artikel. kalau kita buat perkara fardhu pada bulan Ramadhan pahala kita akan di gandakan jadi 70 kali ganda. Wohaaaaa kalau kat bulan lain tak dapat lipat ganda macam ni. Ehemm, jawab lah salam aku tadi tu. Waalaikumussalam... Insyallah bertambah pahala bulan ni.


Cakap tentang solat sunat terawih. Aku nak pesan la kepada sape-sape yang ke surau atau masjid, tolonglah silentkan henfon kamu. Haritu masa tengah khusyuk solat nak dapat pahala berlipat kali ganda tiba-tiba lagu Adam Maya keluar.


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




Terus dalam kepala duk nyanyi sama ikut rentak lagu. Kalau volume tahap 1 tak pe la jugak, ni tahap 4 atau 5. Aku pon duk tunggu tunggu bila lagu ni nak stop. Komfem buat message tone lagu Adam Maya full punyer tak de cut cut. Sampai nak habes satu lagu baru ada orang pergi tutup. jadi tolonglah silent fon tu. Tak semestinya masa solat terawih je silent, tiap kali masuk surau atau masjid silentkan henfon kamu. Kan masjid dan surau tempat orang buat ibadah. Jangan pulak mengganggu yek.



Bila dah habes terawih mesti ada moreh. Jadi jangan tamak melahap moreh macam kau sorang je nak makan. Orang lain pon nak makan jugak. Setakat ni aku tak dapat lagi moreh bubur lambuk. T____T



Sebelum balik dari surau atau masjid sila pastikan kaki kamu tak terpakai atau sengaja pakai selipar orang lain. Sampai kat rumah baru terperasan pakai selipar orang lain rupanya. Sebelah kanan lain sebelah kiri plak lain. Pernah jadi insiden ni kat kawan-kawan aku. Nasib baik dapat cari balik sebab bilik dekat-dekat je.


Okeylah. Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan sengaja ponteng puasa heh. Allah nampak, dosa tau..


10 comments:

NAZ said...

selalu nya selipar akan hilang haha

Fatin Myaa said...

kawan satu course,
anda pergi ke putrajaya?

http://fatinmyra.blogspot.com/

shazika said...

naz:
ni kes tertukar
nasib baik ak hilang
kalo tak, balik kaki ayam

shazika said...

ye kawan satu kos sbelah pintu
saya kena gi putrajaya. redha je ler

I_Hate_Lolipop said...

mesti henpon makcik2....

[z@ck] said...

ahahaha..teringat terawih semalam..buat dalam bilik kawan..dua rakaat first bunyi skype, lepas tu bunyi handphone lagu syahdu, lepas tu bunyi handphone vibrate atas meja..dugaan btol

Gadis Kecil said...

hehe.. follow me back tq..

Azie said...

uit2.
sori2 bz sket lame ta jlan2 blog org len.. huhu..

bubur lmbuk mmg ssah nk dpt kt area2 utara ni pun... T____T

Asmi Asmidar said...

betulll2...
ta fham bahse ou drunk niy..
msty la t terikot2...
eisy, ta pasal2 kiter yg tganggu..

Qib said...

bnci gk ngn prngai tepon cmni!!@~~
brnd nokia l,,klu se,, dia cut sniri


Latest entry di:

Daddy ku agak manja?
Hantu wujud atau tak?
Dosa ke tengok orang naked!!!!
Kambing untuk dijual!