Tuesday, October 12, 2010

Nak cepat tidur bacalah buku teks sejarah


Memandangkan budak-budak SPM dah nak exam, jadi aku ambil kesempatan ni nak berkongsi cara aku belajar subjek sejarah. Kalau aku tanya orang (member-member aku lah) mesti dorang akan cakap subjek sejarah boring dan mengantuk. Kalau nak cepat tidur bacalah buku sejarah. Betul, aku pon pernah buat. Satu malam tu masa aku kat asrama aku tak boleh tidur, terus ambil buku sejarah baca je, tup tup tertidur.



Masa PMR aku tak dapat A untuk subjek sejarah. Rasa malu la sangat sebab dalam kelas aku semua dapat 8A. 4 orang je dapat 7A1B. Nak tahu B tu apa? Sejarah la. Aku antara golongan yang tak dapat A tu. So, aku nekad SPM aku nak jugak dapat A untuk sejarah. Cara aku diajar untuk belajar sejarah:



1. Ceraikan buku teks sejarah mengikut bab


Oleh sebab aku budak MRSM kena beli sendiri buku teks, jadi aku tak rasa keberatan pon nak koyak buku teks. Kamu cerai jek ikut bab pastu jangan lupa stapler balik bab-bab tu. Dengan cara ni kamu tak rasa macam banyak benda nak kena baca nak kena hafal segala bagai. Kalau ada masa senggang, free time kau amek satu bab pastu baca. Daripada kau baca novel Alaf 21 baik baca buku kan.



2. Highlightkan kata kunci



Kamu WAJIB ada sekurang-kurangnya 1 highlighter. Paling okey kaler hijau. Lagi bagus kalau kamu ada pen warna warni kasi meriah sket buku tu. Highlightkan kata kunci yang penting. jangan pergi warnakan semua satu perenggan. Member-member aku especially budak laki suka kaler semua perkataan. Pemalas ke atau terlebih rajin ni? Hmmmmm..



3. Sediakan folio kata kunci


Cara ni sangat berkesan. Aku ingat lagi Cikgu Mat Nor kalau tak silap aku la nama dia gini. Dia suruh dalam bahasa kasarnya paksa kami buat folio sejarah. Setiap helai muka surat dalam buku teks sejarah tingkatan 4 dan tingkatan 5 dia kata, cari kata kunci. Caranya gini, buat kotak ada 2 kolum. Satu kotak untuk kata kunci dan kotak sbeelah lagi catatan. Contohnya kamu tulis kata kunci UMNO. Pada bahagian catatan kamu ambil ayat yang ada perkataan UMNO tu.



4. Bergantung 100% pada buku teks



Cikgu aku cakap penggubal soalan nak cipta soalan sejarah dorang akan rujuk buku teks sejarah tu jek. Jadi, kamu tak payah membazir duit mak ayah suruh dorang belikan buku rujukan sejarah. Kadang-kadang buku rujukan ni terlebih informasi pon ada. Nanti buat kepala jadi lagi bingung nak kena hafal benda yang tak perlu pon kita tahu. Kamu baca je sampai khatam sampai lunyai buku teks tingkatan 4 dan tingkatan 5 tu. Lagipon, buku teks sejarah selaras semua negeri kat Malaysia.



5. Buat latihan


Kejayaan salah seorang kawan aku yang setiap semester dapat 4 flet masa sekolah dulu adalah banyak buat latihan. Pernah aku masuk bilik dia penuh ngan buku latihan. Tu aku nampak yang atas meja, yang kat dalam loker tu laaagiiii banyak. Cara dia buat latihan pulak memang stailo. Dia salin semua jawapan yang kat belakang buku tu pastu dia cuma baca soalan dan jawapan yang betul jek. Kalau kamu nak tahu, soalan sejarah banyak yang sama dalam kebanyakkan buku. Cuma ayat je yang lain. Jadi, lepas ni nak jimat masa ikut cara ni. Jangan lupa banyak buat latihan latihan latihan.




Dan last sekali sebagai umat Islam, kena banyak berdoa dan jangan lupa Allah. Cikgu aku pernah cakap, nak ambil SPM ni macam kau duk dalam kubur. Ye la, nanti kat dalam dewan peperiksaan kau duk jauh dari kawan-kawan. Cikgu pulak ada kat luar dewan. Sape nak tolong kau kalau bukan Allah. Nak harapkan pengawas peperiksaan, dia boleh tolong kau asah pensel je laaaa..


Dan alhamdulillah berkat usaha guru-guru sejarah dan calon-calon SPM maktab aku berjaya dapat top 3 subjek sejarah MRSM seluruh Malaysia bagi SPM 2007. Dan aku salah seorang daripadanya.



Selamat mencuba T_____T


10 comments:

Nurmala Mazlan said...

huaarrghhhhh
kalau tgk buku teks sejarah
tgk kulit dia je kita dah ngantuk
hehehehehe~

Lea Isnawi said...

tak suka sejarah!

Aduka said...

wpun sy dah 9 thn lps spm,tp sy tau tips yg diberi mmg sgt bguna..nice!

Aduka said...

wpun sy dah 9 thn lps spm,tp sy tau tips yg diberi mmg sgt bguna..nice!

Unknown said...

Oh sejarah...seyes..gua tak rindu dgn kau sejarah...mentang2 dah abis spm kan..xD

CIK FARAH said...

thnx kak...tips yg akak bg mmg berguna..insyaallah dlm masa sebulan lebih nie..sy akan guna pkai tips2 akak nie..huhu thnx akak!

NomborSebelas said...

perh budak SPM :D



http://nomborsebelas.blogspot.com/

Unknown said...

sejarah?

B kot dulu

wakakaka

Qib said...

mrsm mana dolu. sy mrsm kk.. :)


Jum Singgah yer

Latest entry di:
Lagu Nangis
Ciri bini idaman
Oke tak eden?


Happy reading ^^

Razif Radzi said...

Sy peminat sejarah!!
Sejarah di malaysia akan dikaji semula kerana sejarah hari ini ditulis penjajah barat dan anti-islam.