Saturday, July 2, 2011

Larian 1 murid 1 sukan 1 malaysia


Hari ni 2 Julai 2011 telah diadakan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang melibatkan para pendidik dan murid di seluruh malaysia. Dan tak terkecuali pelajar maktab pon terlibat. Larian bermula pada pukul 7.45 pagi. Walaupun cuti hujung minggu tapi ramai yang hadir untuk menyertai larian ini.


Maktab aku berkongsi padang dengan Sekolah Sains Alam Shah (ASIS). Nampak lawa je dorang semua pakai baju seragam kaler kuning. kami plak warna-warni tak de kaler yang spesifik.

 


Pelajar sekolah menengah yang berdekatan dengan maktab aku.


Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah menyertai satu larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada hari ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan. Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.



Jalan raya dipenuhi dengan pelajar sekolah. Meriah lah sebab kat kawasan maktab aku ni banyak sekolah. Semangat betul murid-murid ni lari. Cikgu-cikgu pon turut serta. Aku ngan kawan-kawan jalan je sampai la garisan penamat kat padang semua orang dah berkumpul nak buat cooling down.


Tuan Pengarah memberikan ucapan kepada para pelajar dan pensyarah kerana bersama-sama menjayakan larian 1 murid 1 sukan.Larian ini akan dimasukkan dalam Malaysia's Books of record. Wohaaaaa...


Penatnya walaupun hanya berjalan sejauh 5km. (T____T)~ Malam ni kena sapu kaki ngan minyat panas.

3 comments:

gadisarawak said...

wiwit.. itu saya!!! hehhee

PearlKaz said...

ni kat mana ni? huhuh.. memang meriah sungguh. bestnye.. rindu zaman belajar.. T_T

zeeLa-AtiE said...

lari ke cik shazika =)
haha