Sunday, July 10, 2011

Lepas sorang demi sorang adik-adik meninggalkan kampung halaman


Tahun ni aku ada tiga orang adik (termasuk sepupu) dah keluar dari kampung halaman. Adik aku masuk IKM kat Kedah, sorang lagi sepupu yang rapat masuk KPM kat Kuantan dan kembar dia masuk ILP. Aku sebagai kakak risau lah sebab dorang semua ni tak pernah rasa kehidupan di asrama. jadi sebelum dorang daftar aku dah gitau siap-siap barang apa yang penting sebagai ahli asrama. Siap suh dorang tulis balik list barang dan tick mana yang dah ready. 


Baru seminggu kat tempat belajar yang baru dah ada kol dan mesej aku 

"Long, ada budak ejek aku."
"Long, aku kena denda masa orentasi. letih sangat". 
"Arghh..Baru masuk hari pertama rambut aku dah botak".
"Roomate aku jenis penyepah. Barang-barang bersepah sampai masuk ke bahagian aku".


Dan macam-macam lagi. Sebab tu aku selalu suruh mak aku masukkan adik-adik aku ke asrama semasa mereka sekolah menengah jadi bila dah masuk peringkat kolej dan u tak de lah mereka rasa kejutan budaya budaya di asrama, dapat berkenalan dengan rakan-rakan dan tahu camne nak kenal perangai kawan-kawan. Tak kesah lah sekolah berasrama penuh ke sekolah harian ke rumah dekat giler ngan sekolah ke. Try duduk asrama. Boleh mentelaah pelajaran ngan kawan-kawan.


Ni tidak. Baru masuk pintu pagar asrama jek dah ase nak demam, muka tak bermaya, takut dengar macam-macam cerita kat asrama. Terus kol mak ayah suh mai ambil tak mahu tinggal kat asrama dah. Eleh kau azi. sedapnyer mengata adik-adik kau. Dulu nasib baik kau tu asrama jauh giler dari rumah belajar kat negeri orang. Kalau tak mesti kau nak balik jugak kan. Okey fine. Memang pon. Menangislah aku beberapa bulan sebelum dapat sesuaikan diri ngan kehidupan asrama. terima kasih lah kat mak ayah aku berkeras tak mahu ambil aku pada waktu tu. 


Yang aku sedihnya, cuti sekolah tak sama ngan cuti dorang. Bila aku balik umah nanti mesti mereka tak ada. Yang tinggal budak-budak sekolah jek. Adik-adik dan sepupu-sepupu yang kecik-kecik.  (T_____T")


5 comments:

shameel Iskandar said...

Salam.
Tu belum dilanda wabak home sick lagi. insha-Alah dlm tempoh sebulan, akan dapat sesuaikan diri

Aisyah Aina said...

mesti rindu kan ^__^

Rin Saharina said...

rin stay hstel dr form1-5.tp tem msuk uni,still hmesick & ngis2 jgk.hehe.pdhl,ada kwn rin, xpena duk hstl pun, tp bl msuk uni,cool gle.xpena dgr dia ngadu hmsck.tp dlm hati dia,xtau la kan :)

Rin Saharina said...

rin stay hstel dr form1-5.tp tem msuk uni,still hmesick & ngis2 jgk.hehe.pdhl,ada kwn rin, xpena duk hstl pun, tp bl msuk uni,cool gle.xpena dgr dia ngadu hmsck.tp dlm hati dia,xtau la kan :)

|.a.r.i.e.z.a.| said...

ok lagi tu mcm ko ada cuti gak. aku cuti semester pun lgsg xada :(