Thursday, March 8, 2012

Kisah pengalaman semasa menjaga peperiksaan

PBS  kali ni aku mendapat pengalaman baru iaitu menjaga peperiksaan. Ada banyak kisah aku nak share ngan kamu semua terutama guru-guru dan bakal guru sekalian. Semoga apa yang berlaku kat aku ni jadi pengajaran kat semua orang. Ingat senang ke nak jadi cikgu. Penat ooooo..


Kisah 1: Kelas 3B

Apa yang aku perhatikan pada murid-murid kelas ni mereka tak ada pon nak meniru semasa peperiksaan. Tak de pon nak tanya kawan sebelah jawapan soalan nombor 6 apa, yang ni jawab apa. Eh, tak de pon semua tu.

Tapiiii...

Dah nama nya pon budak kan mana boleh duk diam. Masa belajar nak bercakap. Masa exam pon nak bercakap jugak. Bukan bercakap nak tanya jawapan kawan. Tak tanya jawapan pon. Sembang ngan kawan contohnya macam ni "Bagi kertas sehelai, aku nak buat jet". Bila aku larang jangan bercakap ngan kawan semasa peperiksaan!! (nada tinggi). Okey. Dorang diam. Dalam 3 minit jer bunyi balik. Bukan sembang ngan kawan. Kali ni sembang ngan diri sendiri. Ya rabbi... Saborjerlah.


Kisah 2: Kerusi Air Liur

 Semasa jaga peperiksaan cikgu mesti la melilau-lilau seluruh kelas kan untuk pastikan tak de murid meniru dan mereka tak buat bising. Jadi, aku kejap ke depan kelas kejap ke belakang kelas pastu ada murid nak bertanya aku pon ke sebelah kanan pastu ke sebelah kiri pulak. Bila dah ase letih (jangka masa peperiksaan 1 jam) aku pon terasa nak duduk.

Kat belakang ada satu kerusi kosong. Baru je tonggek punggung nak duduk atas kerusi tu sempat aku jeling kat tempat duduk tu. Eeeeeee ada ailio! Nasib baik aku aku sempat tengok. Kalau tak, tak pasal-pasal pungkoq duduk atas ailio. -_-" Hati-hati yek sebelum duduk.


Kisah 3: Surat 

teringat dulu masa zaman sekolah main tulis-tulis surat kat secret admire pakai kad wangi-wangi. Semasa aku jaga kelas 4B, ada sorang budak pompuan berjalan pergi ke meja kawan dia untuk bagi 1 surat. Bayangkan semasa exam pon nak tulis surat. Aku pon terus pergi kat kawan dia yang dapat surat tu. Aku minta nak tengok mana tau kot-kot meniru semasa peperiksaan. Bila aku buka kertas tu..

"petang ni awak jadi ke tak nak mari rumah saya"

Adoyai. yang tu pon nak berutus surat. Tunggu-tunggun la lepas exam baru tanya sayang oi. Nak tergelak aku  pada saat itu jugak tapi cover ngan muka serius.


Kisah 4: Cikgu kena gelak

Tuuu diaa sampai ada banyak kisah pulak ni ha. Okey. yang ni last. Ni untuk kelas pertama yang aku masuk. Bila kali pertama masuk kelas Guru Besar pesan kena garang sket. So, aku pon buat-buat muka serius pastu garang sket. Muka tak mau senyum. Bila lama sket tu murid-murid perempuan yang duk belakang (macam 1 geng) duk gelak kan aku. Aku tanya lah kenapa gelak. Pastu murid lelaki yang duk sebelah budak perempuan yang terkekek-kekek gelak tu jawab,

" Dia kata cikgu jalan laju"

Pulak dah... Cara cikgu jalan pon kau nak perhati. Sejak pada kejadian kelas pertama tu, aku pon jalan slow-slow dalam kelas. Hey! Kena praktis dari sekarang tau cara jalan dan penampilan semua.


Kisah 5: Cikgu, nak berak.

Okey. Yang ni aku nak cerita jugak walaupon tadi dah kata last. Semasa tengah jaga exam, ada murid datang tanya aku "Cikgu, nak gi berak". Okey. Kalau kata "cikgu, nak gi tandas" tu rasa macam ayat biasa je. Tapi bila kata "cikgu, nak gi berak" lain pulak bunyi nyer.


3 comments:

Unknown said...

hihi..klaka je bile baca..tapi mmg btol pun.. itula uniknya zaman jd pelajar sekolah..sweet je..hihii..rindu nk jd balik..=)

Anonymous said...

hik2.. kiut2 nye student awk.. (nakal)
hahaha... ajar skola mne nie..

Shahada Fauzi said...

yang kisah 5 tu terbahak2 saye gelak...haiyo..macam2 betul perangai bebudak ni..