Saturday, April 28, 2012

Peristiwa pada hari sukan



Hari selasa lepas (24 april 2012) maktab aku mengadakan kejohanan olahraga tahunan. Tahun lepas aku kena join buat senamrobik untuk persembahan. Untuk tahun ni pulak aku kena masuk kawad unit beruniform. Aku salah seorang ahli Kadet Remaja Sekolah. Pagi tu sebelum ke padang aku smart habessssss la dengan uniform KRS yang segak tu siap pakai boot lagi. Pastu get ready ngan kamera pinky-pinky aku tu kasi full bateri. Awal pagi aku ngan Ruby dah terpacak tepi padang.


Sebelum masuk baris aku sempat posing bergambar dengan harapan nak masuk dalam blog. Macam biasalah kan. Pakai baju KRS yang tebal tu pastu kawad bawah matahari dia punyer berpeluh tu menitik meleleh-leleh sampai ke kaki. Kau tahu jela kan baju KRS tebal giler. Okey! Habis kawad kami posing lagi bergambar beramai-ramai. Aku pon ada ambil gambar persembahan di tengah padang. kalau tahun  lepas kami buat senamrobik tapi tahun ni persembahan gimnastik. 


Lepas settle tangkap gambar aku pon tak ambil tahulah pasal kamera tu. Sibuk meniaga  kat gerai PSSU. dah siap semua kerja aku pon terasa nak tengok gambar-gambar tadi. Unexpected things happen. 


U noe what??? nak tahu apa??


Bukan kamera hilang. Tapi semua gambar hari tu start dari pagi sampai tengah hari hilang. Yilek-tarapapa -_-" Aku memang ada bagi orang tengok gambar-gambar tu semua tapi tatau la sape yang delete semua gambar tu. Sedih sangat-sangat. Aku memang nak tayang kat blog ni aktiviti hari sukan aku. Kamera member aku tu beli kat Jepon. oleh sebab orang jepun sangat memartabatkan bahasa dia jadi tak leh nak tukar bahasa dalam kamera tu. Yang tahu guna hanya aku dan beberapa orang kawan yang dah aku ajar. 


Bila ada yang tekan mana-mana button akan keluar bahasa jepun. Dan akibat nak mendelete 1 gambar telah membuatkan ter-delete semua gambar. hasilnya sukan tahun ni tak ada gambar  nak tayang.

Ni je aku mampu tayang. Ambil kat FB kawan. Muka aku tak semenggah.


Untuk sukan tahun ni, Kadet Remaja dapat naib johan. Sebelum-sebelum ni senior gitau KRS selalu juara. Tapi nak wat camne kalah tipis je ngan Pengakap. Kalau semua ada rasa tanggungjawab untuk buat yang terbaik dan ambil bahagian dalam kawad ni insyallah boleh juara lagi. Ini tak, ramai yang buat dekk je dan lepas tangan. 


Dan lagi sekali rumah sukan aku mendapat johan keseluruhan. Tapi sayang, time aku nak ambil gambar tu lah battery habes. Ntah apa lah masalah aku haritu. Tapi papepon, muka akan burn pada hari sukan setiap tahun. Bila aku duk tepi padang perhati orang lari, teringin jugak nak kumpul pingat lagi. Selama aku duk maktab ni tak ada sebutir pingat pon lagi. Macam mana nak dapat kalau aku tak masuk acara. Hahahahaha. Insyallah tahun depan aku nak aktif balik acara barlapan. masuk relay pon boleyyyy laaa.