Thursday, May 3, 2012

Review buku : Diari Cikgu Ayu

Kali ni aku nak share 1 buku yang agak menariklah bagi aku yang bakal bergelar seorang guru pada satu hari nanti.


Tajuk buku: Diari Cikgu Ayu
Penulis: Ilya Alias
Terbitan: PTS One sdn bhd
Harga: RM9.90



Sinopsis:

buku ni catatan kehidupan seorang bakal guru yang pergi ke sebuah sekolah pendalaman untuk menjalani praktikum. Cikgu ayu ni sangat glamour dan suka berfesyen. Banyak cabaran cigu Ayu hadapi semasa kat sekolah tapi ada cara macam mana cikgu Ayu tu selesaikan masalah-masalah tu semua. pastu masa kat sekolah Cikgu Ayu dapat hadiah misteri. Ada secret admire. Nak tahu siapa secret admire cikgu Ayu?? Ha... Kena lah beli atau kalau ada kawan-kawan saya yang rasa nak pinjam giatu jek ^^,


Sebab kenapa aku ter-beli buku ni:

1. Dia cerita pengalaman yang aku bakal tempuh satu hari nanti sebagai bakal guru. (menjalani praktikum semasa semester 5-7). Sekarang baru semester 3.

2. Cikgu Ayu ada secret admire. Manalah tahu nanti kat sekolah aku pon akan dapat secret admire. Hahahaha...

3. Bahasa dia agak sempoi. Tak jiwang sangat

4. Buku ni nipis.  157 muka surat jer. Aku tak suka sangat baca novel yang tebal-tebal.Kecuali novel english.

8 comments:

mie said...

wow!!
gue minat diari2 ni...
nak kena cari...
nak tujukan lagu "cikgu ayu-khalifah"
hehehee

shazika said...

hahahahha... nyanyi lah siket mie

Unknown said...

Kak Azie, nak pinjam! ngee ^^

shazika said...

dal.. meh ler amek kat bilik. best tau buku ni

Ilya Alias said...

My dear shazika :) to so much for the entry. Salam perkenalan Dan semoga menjadi guru yang terbaik. Insyaallah..

Salam sayang
- Kak Ilya alias-

Ilya Alias said...

My dear shazika :) to so much for the entry. Salam perkenalan Dan semoga menjadi guru yang terbaik. Insyaallah..

Salam sayang
- Kak Ilya alias-

shazika said...

@Ilya Aliaswohaaa....!! akak penulis buku ni kan...hehehe salam kenalan kak..best buku diari cikgu ayu ni. tak sangka akk singgah blog saya :)

Yuniastari Inanahayu, S.Pd., Gr. said...

Kak. Saya penasaran siapa cikgu ayu ini. Ingin baca jadinya.

Salam kenal.
Kebetulan nama sy Cikgu Ayu. Guru dari Indonesia, mengajar di pedalaman Sabah, Ladang Kinabatangan Zone 1, Malaysia