Saturday, August 25, 2012

Eh, tersalah ciom tangan


Raya tahun lepas kami dua family banyak melepak kat rumah je. Mak aku sakit lelah, Su aku pulak kena chicken pox. Jadi tahun ni beriya benor mak ngan su aku ni nak beraya. Baju raya pon kemain lagi jadi double sebab yang tahun lepas punyer tak pakai lagi. Aku punyer pulak ada sepasang jer baju kurung raya kaler biru. Ingat nak taruk manik-manik kat baju. Dua bulan aku tunggu turn taruk manik last-last dapat satu baris manik jer. 
Mak aku sibuk siapkan orang laen punyer tempahan, anak punyer last-last baru buat. -_-"


Lepas sembahyang raya, bersalam-salam semua aku pergi rumah Tokwan aku dulu. Dekat jer rumah Tokwan dengan rumah aku. Ohoi...Usia dah 22 tahun pon masih dapat duit raya. Seronok aku boleh masuk tabung Herbalife. Pastu Su aku satu family datang rumah ajak kami beraya ke rumah TokMa. TokMa demam dan dia beraya sorang-sorang je kat rumah. Jadi lepas zohor kami gerak 3 buah kereta ke Jerangau. 


Aku plan nak drive Saga putih tapi adik-adik aku tak mau naik kalau aku yang drive. Apalaaaa..Ingat brutal sangat ke cara pemanduan aku. Takat 80km/j je tau aku bawak. Tak berani lebih.


Nur cahaya Ramadhan dari pintu menerjah ke badan ku. 
Amboi...Kemain manjer kau budak kepoh dengan TokMa. Dah lah time raya baru nak balik rumah. Raya pertama jer melekat dengan kami untuk pergi beraya. Ko tengok la nanti gambar seterusnya gambar dia tak de. Sape suruh tak ikut kami pergi beraya. Padan muka duit raya paling siket pastu mengamuk jeles. 


Dah. setel raya pertama. Sambung raya kedua. Baju raya dah tak de aku rembat pakai baju kuliah jer. Nasib baik bawa balik baju kurung untuk PBS aritu. 



Ni kat rumah TokLong pulak. 
Satu hari dari pagi sampai ke malam beraya ke rumah famili belah mak aku. Kan  dah cakap adik aku si kepoh tak de dalam gambar.  



Aku kira bagus la lagi ada baju kuliah untuk beraya. Yang kezen aku ni baju raya tak siap. Pastu rembat pakai baju raya mak dia (Su). Nasib baik baju raya Su banyak sebab tahun lepas punyer baju raya tak pakai. 


Alhamdulillah, semasa pergi beraya pon sempat bercerita kat family pasal Herbalife. Dan raya ni muka aku dah makin okey. Terima kasih Ya Allah. Kalau tak mesti aku segan nak pergi beraya rumah sanak-saudara. Kepada kamu yang mengalami masalah jerawat atau resdung dan masih mencari solusi bagi masalah-masalah tu meh contact aku 013-9454928 (azie). *lupa pulak ni entry raya*


Ada satu insiden ni. Kami pergi umah Tok Long (toklong yang lain pulak). Anak dia ada sama baya ngan aku.  Dah jadi kebiasaan kalau yang nampak tua siket aku salam ciom tangan. Tetiba aku salam ciom tangan anak dia yang sama baya ngan aku. Pastu dia bisik kat mak dia. "Dia sama umur ngan kiter kan?" Adoyai. Aku pon buat muka blurrr tahan malu. Apala kau ni azie duk perasan muda. 


Ye. Aku dah semakin tua. Nak kawen awal calon pulak tak der. Menciewww ahkak tau orang bertanya bila mau kahwen. 


Okeylah.
Aku tak larat la nak cerita apa aku buat setiap hari dari raya pertama sampai raya ke 7. Citer pasal dua hari cukuplah yek. Konklusinya malam ni aku dah kena balik KL asignment satu habuk tak buat! Raya punyer pasal. Eh, salahkan raya pulak. 


6 comments:

Fatin Aliyya said...

selamat hari raya aidilfitri azie.
ten nk mnt maaf bnyk2 atas salah silp ten selam ni.

love u

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sakannya beraya hehe

Rin Saharina said...

salam aidilfitri zie :)

shazika said...

Fatin aliyya:

selamat hari raya kuten yaya d perantauan..bila ni nak bukak blog..lama dh menunggu story ang kat sana

shazika said...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:

eh..x cukup sakan lagi tu..
hehehehe

shazika said...

saharinasaharudin:

salam aidilfitri dear :)