Friday, August 31, 2012

Review buku: Mr. Midnight


Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 55 untuk semua...





Ni salah satu buku cerita horror (seram) English yang aku suka baca sebab senang nak faham, dia gunakan bahasa yang simple-simple jer. Aku mula suka baca buku ni dah lama. Pergi MPH bersila atas lantai tumpang baca. Nak beli tapi sayang duit lagi masa tu walaupon harga dia RM10.90 jerrrr...!! Sekarang aku dah tak sayang sangat dah duit kalau nak beli buku.



Tajuk buku: Mr Midnight

Pengarang: James Lee
Harga: RM10.90 - RM12 (harga bergantung pada jilid)


Buku Mr.Midnight ni ada banyaaaakkkk sangat jilid. Setiap buku ada 2 cerita yang best-best. Hari tu aku paksa Chah hadiahkan aku buku Mr.Midnight beli pakai baucer buku 1 Malaysia. Dia bagi aku jilid 21. Ada lagi beberapa buah tapi aku tatau lah siapa pinjam atau aku misplace tatau letak mana. Aku tak leh nak wat sinopsis buku ni sebab tatau nak citer jilid yang ke berapa. Buku ni sepatutnya sesuai di baca masa sekolah rendah atau semasa sekolah menengah. Tapi dah umur 21 baru terhegeh-hegeh nak beli Mr. Midnight. Masa aku baca buku bersila kat MPH ada budak Cina sekolah rendah sedang baca Mr. Midnight tepi aku. Erkk.... untonglah terdidik baca buku sejak kecik. Tak perlah, aku pon dalam proses belajar English ni ha.



Aku nama jer cikgu tuisyen subjek English tapi tergagap-gagap lagi speaking. Sebab tu aku pilih minor English kat maktab sebab aku nak belajar lagi. So, solusi nya baca buku cerita English banyak-banyak. Aku tak suka baca novel BM sebab jiwang ngat aihh. Baca novel english seperti novel-novel ini boleh tambah vocabulary, ada dialog kut english, kita boleh tau susunan ayat yang betul. Ha..! Dalam Mr.Midnight banyak dialog. Sesuailah untuk siapa nak praktis cakap omputeh ni..





Aku dah tak kedekut nak beli buku  especially buku-buku agama, motivasi dan buku cerita English.


pi es:: Memandangkan dah beberapa kali aku buat entry mengenai review buku, jadi aku ase nak kekalkanlah segmen review buku ni. Banyak buku aku nak share ngan kamu semua cuma kita buat entry ikut turn lah yek.


2 comments:

Fatin Aliyya said...

ten ada 9 siri buku mr midnight ni.azie ingt dak masa zaman form 2 ten ada bawak gi maktab.skang naim pulak yg sambung baca buku2 macam ni.:)

shazika said...

sebab ten la azi duk minat buku ni jgk..hahahaha..tp lambat giler dh 22 taun baru nak beli sendiri.

u inspired me kuten yaya