Sunday, October 14, 2012

Berkurun baru dapat singgah I-city


Hujung minggu lepas aku dan Ruby hantar kawan-kawan kami ke Shah Alam sebab emergency, nenek kawan kami meninggal dunia petang tu jadi nak balik ke Kedah dia balik ngan akak dia yang tinggal kat Shah Alam. So, kami pon hantarkan dorang kat Shah Alam malam tu jugak. Pastu otw nak balik jalan agak jam tambah tambah tengah hujan. Tau tau je la KL kalau hujan siket pon terus jem teruk.

Sementara tunggu jem tu kami pon pergilah melilau ke I-city. Arina Abdullah berkurun dah ajak aku gi Shah Alam sebab nak bawak aku gi I-city. Selalu tak berkesempatan nak jumpa Arina kat S.A. Padahal aku beberapa kali dah gi Shah Alam. Tapi gi sana pon atas urusan aktiviti bersama classmate. Jangan marah yek Arina if u read this. hehehehehe



 So, this is I-city...

Tak best lah aku gi bukan tyme weekend. Orang pon tak ramai. Yang ada budak-budak lepas UPSR datang rombongan sekolah jer. Aku meseg arina, mengadu macam ni je ke I-city? Dia kata sape suh mari tyme bukan weekend. Oh! macam tu ke.

Nak tangkap gambar, kamera aku pulok biasa jer. Bukan yang gedabak besor DLSR tuh. kualiti gambar pon nampak biasa-biasa jer leh kan.

 Swan lagi bercahaya daripada aku.


 Merak pon bercahaya lebih daripada aku.

 Kuda pon lagi bercahaya dari ko Ruby.


 Nilah akibatnya kalau datang berdua. Ambil gambar sendiri. 


Bila kasi flash baru kualiti gambar okey. Cisssss... Flawless giler muka awak Ruby. Ni lah kesannya kalau ambil shake Herbalife setiap hari. Aku pon mau kulit flawless macam amalina peter jugak. Korang nak kulit cantik tak? Jom minum shake Herbalife..


Rushing sangat pergi Shah Alam sebab tetiba ruby meseg lepas aku habes meeting ngan JPP pada petang tu. Pakai pon t-shirt bundle harga lima hengget beli kat pasar karat. Suka aku ngan t-shirt tu sebab labuh dan besar sket.

kenapa aku tak leh rotate gambar???? buh jer lah senget macam ni pon..


Bagi aku I-city ni kalo nak gi tagkap gambar sesuailah.
Dalam tu ada banyak permainan. Kebanyakkannya dah main masa kat Genting.
Teringin nak masuk tempat salji tu tapi harga RM35.
Bayar parking je pon dah RM10.
Permainan-permainan lain dalam RM5 camtu la. 


Sampai disini saja kisah aku ke I-city. Nak gi minum shake capucino jap kasi kulit cantik. Tata....


pi es: laptop aku tak siap format lagi.huhuhu..

1 comment:

Rin Saharina said...

wahh,tem rin pegi icity,xda lagi kuda tu.cantikk la.feeling2 Cinderella ckit.HEHE :D