Monday, December 17, 2012

Langgar lari


Beberapa hari yang lalu aku accident.
Yang salahnya aku. Lepas aku langgar aku terus blah camtu jer.

Kisahnya bermula sebegini.

Pada petang tu sepupu aku call gitau nak gi umah aku,
pastu suh aku pergi ambil dia kat umah.
Lepas jer mak aku balik kerja, terus aku siap-siap nak gi ambil dia.
Eh eh tetibe ayah aku nak guna kereta nak gi antor bengkel untuk servis.
Aku cakap 'bagi masa 15 minit jer orang gi ambil Mira (sepupu aku)'
Eleh, cakap jer 15 minit. Selalunya 30 minit.

Tengah syok syok speed, tiba tiba....
Perjalanan aku terganggu apabila beberapa ekor lembu milik jiran aku tengah lepak atas jalan depan rumah tuan dia. Aku pon hon hon hon untuk halau lembu-lembu tu.
Tapi hampeh betol lembu tu tak gerak langsung.
Bajetlah tak dengar bunyik hon. Dah la hon kereta mak aku nak sama kuat ngan bunyi hon lori.
Hampir 2 minit aku tunggu.
Aku pon tekan tekan minyak kasi gerak sket-sket kereta tu. Sekadar acah-acah dengan harapan lembu tu ke tepi.
Tiba-tiba bunyik......
Dusshhhhh! Gedegukkk!! (aku tatau nak tulis bunyi kereta langgar lembu camne)

Terus melompat lembu tu ke tepi. Elahai, aku dah langgar dia.
Aku pon terus cuak..Masuk gear, tekan minyak dan terus blah.
Sempat jugak aku jeling cermin belakang. Mana tau kot kot lembu tu kejar aku... Fuhhh!
Sampai rumah sepupu aku, dia dah get ready kat depan rumah.
Semasa dalam perjalanan pulang, aku pon ceritalah kat dorang.
Habes aku kena bahan gelak. Pastu siap buat macam macam andaian lagi.
'camne kalau tuan dia tunggu tengah-tengah jalan' Hurmmmm...

Sampai jer kat tempat kejadian.
Fuhyoooooo...!!!!
Beratur tiga ekor lembu duk tengah-tengah jalan untuk halang laluan aku...

Ah sudah...
Lembu-lembu sedang menuntut bela mahu membalas dendam.
Aku pon hon hon hon  tapi dia buat derrkkk jer kat aku.
Aku terus tutup tingkap sebab takut mana tau tiba tiba lembu-lembu tu melompat masuk kereta.
Yang sepupu aku ngan makcik aku duk gelak-gelak kan aku dah.
Tetiba datang kereta dari arah depan nak lalu tak boleh jugak.
Kereta tu pon hon dan gerak-gerakkan kereta akhirnya lembu tu bergerak ke tepi.
Baru lah kereta aku boleh lalu. Hampeh betol lembu-lembu tu.

Tapi kami perasan lembu yang aku langgar tadi tu kaki dia berdarah.
Aku rasa macam tak lah kuat sangat aku langgar. sorry lembu -_-"
Sampai jer rumah, terus citer kat mak ayah aku.
mak aku pon apalagi terus check kereta dia, kot kot lah kemek. Aku pon ikut sekali.
Aiseymen...Bulu lembu melekat kat kereta dan lampu kereta pecah siket.

so, beberapa hari ni aku tak drive ke mana mana. Duk rumah jer. Ceh, bajet trauma la konon.
Kesimpulannya, jangan cari pasal ngan lembu. Hahahaha...

1 comment:

Just a common stranger said...

aku pun pernah jugak hampir nak langgar lembu..
haha..