Sunday, March 3, 2013

Diary of a wimpy kid


Sekarang kawan-kawan dah ramai yang menggunakan baucar buku mereka dengan membeli buku kegemaran, buku pelajaran, motivasi dan alat tulis. Bagus jugak dapat baucar buku, kalau dulu liat nak keluar duit beli buku tapi dengan baucar buku ada jer buku yang dorang nak beli.


Beberapa hari yang lepas semasa lepak makan makan selepas kelas PJ, tetibe Nabill (classmate aku) kasi aku satu buku suruh aku baca.

Diary of a wimpy kid.


Aku ingatkan diary of wimpy kid ni movie jer ada, rupa-rupanya movie tu adaptasi dari buku-buku diary of a wimpy kid. Aku sedang baca lagi buku ni, tak sampai setengah pon lagi. Dia punyer bahasa best, senang nak faham. Pastu aku teringat Wafa pernah suruh aku tengok citer diary of a wimpy kid. Terus aku suruh wafa cari balik movie tu. Tengok lah aku movie tu sampai pukul 2 pagi. Kecian giler kat Greg, asyik kena buli jer ngan abang dia. Tapi tak pa la, abang dia ensem ooooohhh.. Hehehe...


Aku rasa kalau nak beli sendiri buku ni tak mampu lah aku, kena pikir 2 3 kali jugak sebab harga dia 30 hengget. Nabill kata dia ada beberapa buah lagi, nanti aku dah habes baca yang ni dia kasi pinjam yang lain. Kalau sesiapa yang nak try bahan bacaan english yang ringan-ringan, ayat simple dan mudah faham, try baca buku ni. Dia ada banyak siri. Tapi aku baru baca yang cover kaler biru ni.

No comments: