Monday, April 29, 2013

Jangan ingat kerja cikgu tu senang


Assalamualaikum...

Hello there! alhamdulillah tamat sudah sebulan aku praktikum di SKTM. Macam-macam pengalaman aku dapat semasa kat sana. Yang paling penting aku nak terang kat sini adalah....BUKAN SENANG NAK JADI CIKGU..tu jer aku nak highlight bagi kamu tau dan faham. Dulu masa aku mula-mula masuk maktab ramai saudara mara, family, kawan-kawan dan strangers kata.."wohaaa!! best la jadi cikgu..senang la habis belajar terus jadi cikgu.." aku pon dalam hati kata ermmm betul ke jadi cikgu senang? dan kadang-kadang rasa bertuah jugak boleh masuk maktab training jadi cikgu selepas 2 kali aku mintak nak masuk maktab..


Betul ke jadi cikgu senang??


Realiti yang aku dapat setelah sebulan berada di sekolah...........


1) lepas habes belajar bukan terus dapat jadi cikgu
Dulu senior-senior aku lepas habes jer belajar kat maktab bulan 12 macam tu alhamdulillah dalam bulan 1 atau 2 dah dapat diserap masuk terus ke sekolah dan jadi cikgu. Pastu barulah gi temuduga apa ntah nama dia. Lupa pulok. tapi senior aku yang baru habes matkab tahun lepas sampai sekarang tak posting posting lagi. Kiranya senior aku sekarang menganggur sementara waktu. Dengar citer bulan 5 nanti baru posting. Harap-harap begitulah. sebab dorang dah nak masuk 5 bulan menganggur ni.


 2) mengajar memang senang, nak didik budak tu ermmmmm...
Aku pernah ada pengalaman jadi cikgu tuisyen. Nak mengajar budak memang senang. Ko bagi nota, terang-terang sket  kat dorang, buat latihan dan soalan. Agak senang lah. Tapiii!! Bila masuk sekolah mengajar Ya rabbi..Tak senang rupanya nak didik budak-budak ni. Yang kelas depan pon huru hara, yang kelas belakang laaagiiiii lah huru hara. Walaupon aku rasa aku agak gangster suara kuat kemain tapi bila masuk kelas suara kau tenggelam dalam suara 30 orang lebih murid dalam kelas tu. So, lepas ni kena belajar macam-macam skill lagi nak behave kan murid-murid.


Anak-anak didik ku tahun 4 yang kadang-kadang noty


3) Cikgu kat sekolah bukan duduk relaks jerr.
Dari pertama kali aku kena PBS (yang ni gi sekolah seminggu jer untuk pemantauan suasana sekolah) sampailah aku praktikum sebulan aku perhatikan cikgu-cikgu ni ada jer kerja dorang. masuk kelas mengajar, pahtu kalo dalam jadual tak de kelas kena plak masuk relief ganti cikgu tak datang sekolah sebab MC atau kena pergi kursus. Pahtu sekarang dah tukar dasar baru iaitu KSSR, lagilah banyak kerja cikgu kena buat. Ha! sekarang ada dasar 1 murid 1 sukan, kokurikulum, unit beruniform, kelab dan persatuan pada waktu petang. Hoi..Pergi sekolah pukul 6.30 pagi balik jangan harap boleh balik awal. Kadang-kadang pukul 4 atau 5 petang baru balik.


4) Masa kat maktab ambil kos lain, kat sekolah ngajar subjek lain.
 Memang macam ni bila dah masuk sekolah. Lecturer aku sendiri dah pesan. Masa aku gi sekolah sembang-sembang ngan cikgu ada yang citer dia dulu kat maktab kos BM tapi kat sekolah cikgu BM dah ramai so kena ngajar sains atau ada yang ajar BI. Kadang-kadang 1 cikgu ajar banyak subjek macam cikgu pembimbing aku masa praktikum aritu, Dia kos sains tapi bila masuk seklah dia lah yang ajar BM, dia lah yang ajar Sains, dia lah yang ajar Kajian tempatan dan dia lah cikgu pendidikan sivik. Fuh! banyak betol. So, mulai dari sekarang dah kena get ready kena ada pengetahuan untuk subjek subjek lain jugak. Sebab ada senior aku kos pendidikan khas masalah penglihatan tetibe masuk sekolah kena ajar budak-budak masalah pendengaran. kan jauh beza nyer...


masa minggu pertama praktikum ramai kawan-kawan aku update status kat FB gitau bukan senang nak nak jadi cikgu, ada yang kata sape kata jadi cikgu ni senang, ada yang kata dulu ingatkan jadi cikgu ni best, senang...hahahahhaa...bila kita sendiri tempuh baru kita tau macam mana....kepada adik-adik yang teringin nak masuk maktab nak jadi cikgu..ermmm kalo rasa minat dan ready ngan semua yang akak citer kat atas,,silakan join kami bakal guru..


Dan kadang-kadang cikgulah yang kena hias board dan menceriakan suasana sekolah




2 comments:

NinaAz said...

Keje cikgu skg dah belambak2. Buat kerja pengkeranian. Hehehe. Betul tu. Suara kita tenggelam dek 30 org pelajar. Kat sekolah akak. Paling sikit pun 35 org satu kelas. Huuuuu

Mysara Ab Rahman said...

tu la..kte slalu dgr org kata jd ckg senang..