Sunday, May 26, 2013

Menconteng dinding sekolah


Assalamualaikum..

Semasa kat SKKR aritu, kami di request oleh guru kat situ untuk lukis mural dan mencantikkan kawasan sekitar sekolah mereka. Sekolah tu sangat baru kalo tak silap aku tahun 2012 baru mula sesi persekolahan. So, dinding bangunan sekolah tak terconteng pon lagi. Alang-alang kami datang sekolah tu jadi kami pon diminta oleh phak sekolah untuk melukis mural. Ada 13 dnding kami kena lukis. So, setiap sorang akan dapat 1 dinding dan dah siap dengan apa benda yang kami kena lukis. Aku pon menggelabah lah sebab aku memang takde bakat langsung untuk melukis apatah lagi nak lukis dinding sekolah baru. Dan oleh kerana lagi 2 orang fesi, bos dan pali  baru sambung tido sebab berjaga malam, aku kena lukis 3 dinding. Wohaaa..!


Aku kena lukis peralatan kat bilik KH. Ada spanar, pahat, tukul, paku dan lain-lain. Mula-mula aku lukis kecik jer pastu aku pikir kalo lukis kecik nanti nak kena lukis banyak pastu renyah pulok nak kaler. So, dinding pertama dan kedua ada 3 alatan. Mai dinding ke tiga tudiaaa punyer besar aku lukis ada 2 alatan jer muat. Tapi dalam ramai-ramai aku nyer paling senang nak lukis kot. Siap melukis kena warna pulok. Tapi nasib baik bos, pali dan ruby mai tolong setlekan.


Panas oi cameron time mewarna ni. Tahan jerlah sampai siap. Ko tengok spanar yang ruby sedang kaler tu. Punyer besar gambar last yang aku lukis. Kalo lukis besar senang la kan nak kaler. Berus pon pakai yang besar tak perlu nak berebut yang kecik.



Sape yang dapat bahagian  kena lukis huruf-huruf dan piramid makanan tu siyes susah dan renyah. Tapi dorang lukis cantik-cantik. Cikgu mestilah serba boleh walaupon pada mulanya tak reti dan tak pernah pon lukis mural. Wan Harith selaku ketua yang incharge aktiviti mural ni gitau, maybe lukisan ni akan kekal lama sebab lukisan kami tu yang pertama di lukis di dinding tu. Insha allah kalo ada umur panjang nak pergi melawat sekolah tu lagi nak ushar ada lagi tak lukisan kami. hehehehe..


Sepagi tu kami buat aktiviti melukis mural ni jer. Pastu beberapa orang fesi lagi tolong incharge murid-murid untuk main explorace. Tak sangka dalam amsa beberapa jam jer kami mampu siapkan mural tu. Daebak! (bahasa korea). Pastu mana yang dah siap tu pergi tolong kawan lain yang tak siap lagi.


Yang ni bukan aku yang lukis, Vanitha yang lukis, aku cuma tolong kaler siket siket dan posing bergambar jer.. 


Next sekolah nanti tataulah apa lagi yang kami akan tinggalkan sebagai kenangan kat sekolah. Ermmmm..kalo tak silap aku planning seterusnya nak gi sebuah sekolah kat Perak. Insha allah..Moga-moga berjalan lancar seperti program di sekolah ni.


No comments: