Friday, July 12, 2013

Mencari cuti hujung minggu

Assalamualaikum...


Sejak mula semester baru sampailah minggu ini hujung minggu aku sentiasa terisi. Ada jer aktiviti yang bakal menyusur. Padahal baru sebulan mula semester baru. Hujung minggu pertama aku setle kan untuk kemas bilik yang pada mulanya memang bercadang nak berjumpa kawan aku tapi dia tak dapat luangkan masa pulok sebab nak kena pergi kenduri kahwen kat kelantan. Then minggu selepas tu aku pergi Padang Besar, Perlis untuk program jelajah bakti permata bersama murid-murid di sana. 




Minggu lepas aku pergi kursus pra-perkahwinan yang diadakan di maktab aku. Hampir semua peserta kursus adalah student maktab dan hanya beberapa orang je orang luar. Yang ni memang dibuat khusus untuk student maktab so aku pergilah ngan roomate aku walaupon aku tak de calon lagi tapi pergi jugak. Sebab alang-alang buat kat tempat aku belajar pastu tak de test pape plak jadi pergi dengar ceramah then dapatkan sijil. Nak kawen bila? Yang tu nanti ler kite pikir.


Tapi pergi kursus kahwen tanpa tahu siapa calon kita agak susah jugak lah sebab ada satu prosedur untuk mintak dan hantar borang permohonan kahwen kena tahu sama ada kita kahwen ngan orang sama negeri ngan kita atau orang tak sama negeri. Aku tak leh nak fokus betol-betol yang mana sebab tak tahu bakal suami aku sape. Kalo yang dah planning nak kawen dalam masa terdekat ni senang la dorang nak faham betol-betol. Yang aku ni tak wujud dalam pikiran siapakah 'si dia'.  So, aku pening pala terus tak fokus semua bahagian. (T_____T)~ 




Hujung minggu ni pulok aku kena pergi Raub, Pahang bersama team ricky ricky kelab kembara.  Bulan 10 nanti lepas praktikum kami akan adakan ekspedisi berakit melalui sungai dan jeram kat sana. Wohaaaa..!! Macam menarik jer. Sebab tulah kami pulun belajar berakit kat tasik titiwangsa tu.


Senin ni aku dah start praktikum. Ingatkan bila start praktikum nanti akan fokus untuk tugasan-tugasan dan mengajar kat sekolah jer. Rupa-rupanyer idok lerr.. Hujung minggu depan kena buat kajian pulok untuk kajian masalah moral dan sosial. Kena interviu pelajar-pelajar bermasalah kat salah sebuah sekolah juvana di KL. SAMPAI MINGGU DEPAN HUJUNG MINGGU AKU FUULLY BOOK. Kengkadang aku rasa resah gelisah jugak ni sebab lama tak gi menuntut ilmu kesihatan bersama-sama rakan-rakan Herbalife. 


Aku mintak maaf kat kawan-kawan yang ajak keluar sesama, especially Ery asyik ajak aku gi S.A. Bukan sengaja boh...Memang tak dak kekosongan waktu nak isi ni.




No comments: