Wednesday, July 3, 2013

PJBP : Jelajah ke Padang Besar lah pulok


Assalamualaikum...

 Ni kisah aku hujung minggu lepas, kami telah meneruskan program Jelajah Bakti Permata ke sebuah sekolah di Padang Besar iaitu di SKPBU. Sebelum ni kami ke sebuah sekolah di Cameron Highland. Nak tau lebih lanjut program yang dulu boleh klik link ni (PJBP Cameron). Yang tu sekolah pertama kami buat program ini yang di lakukan oleh 20 orang fasilitator. Semua fasi adalah dari kalangan student maktab aku jugak. 


Suasana masa kat Padang Besar ngan Cameron Highland sangat sangat berbeza dari segi cuaca dan perseiktaran. Kalo kat cameron sejuk gilerrr sampai ke tengah hari aku pakai sweater atau cardigan. Pastu buat kat sekolah dorang yang baru tu.  Yang kat Padang Besar ni pulak panas oooo. Pastu kami buat kat camp site ala-ala camping gitu. Kami bertolak ke Perlis hari Jumaat pada malam tu so sampai sana dalam pukul 8 pagi camtu lah. Semasa kat RNR Gurun masha allah ramai nyer orang rombongan nak gi mana lettew. sesak yang amat. Memang selalu camtu ke pagi-pagi kat RNR Gurun?


Sampai Padang Besar suasana dah cerah dah aku tak sempat tengok sekeliling pon sebab tido charge energy nak beraktiviti ngan murid-murid.


Dah sampai kat kawasan camp site tu bas tak boleh masuk dalam so kami kena jalan kaki tapi barang-barang dah angkut pakai kereta pacuan 4 roda pemilik camp site. So lenggang kangkung jerla sambil menikmati kawasan dusun. Camp site tu dalam dusun taw. Ko nak makan rambutan ko main petik jer. Kalo nak makan durian ko dengar jer bunyik gedebuk buah durian jatuh pastu terus berlari-lari cari durian tu.  Pandai pandailah nak bukak cemana.




Kali ni aku bergilir-gilir bertugas jadi fotoG sebab Fariha dan Nunu (camerawomen) tak dapat join program yang kat perlis ni. Dorang sekarang dah jadi JPP almaklumlah JPP banyak program nak kena handle tambah-tambah junior-junior baru masuk ni kan. Dulu aku pon JPP jugak agak memahamilah kesibukan tu. Untuk program kali ni dalam 5 orang ahli tak dapat join so kita cari pengganti. Fatin ngan Nabill ikut sekali dan  3 orang senior PJ sem 8. 


Walaupon aku jadi fotoG tapi gambar-gambar tu dah dikumpul oleh uciss untuk buat video semasa hari penutup. So yang ada ngan aku sekarang gambar-gambar dari kamera pinky-pinky aku je lerrr. Nak citer lebih kena lah ada gambar barulah syiokkkk. Nanti dah dapat semua gambar aku sambung story kat camp site pulok deh..



pi es: PJBT stand for Program Jelajah Bakti permata :)


No comments: