Sunday, October 20, 2013

Kenapa masih blogging?




Assalamualaikum..


Ramai yang tanya aku kenapa aku masih lagi blogging..sebab ramai yang blogger yang sama-sama blogging ngan aku dulu yang slelau say hye kat chat box dan komen-komen dah tinggalkan dunia blogging ni...tambah pulak sekarang dunia makin canggih dah ada facebook, twitter, instagram...boleh jer terus update kisah hidup kat situ...

Aku dag blog since 2008 sampai sekarang..kalo kat archieve ko boleh tengok start tahun 2009 jer sebab yang entry tahun 2008 aku dah buang..masa tu baru cuba-cuba taip entry..memang bersepah dan macam budak-budak so aku dah lama buang..hehehehe.. aku paling suka entry-entry aku tahun 2010 hingga 2011 sebab masa tu memang dapat banyak hit..trafik blog pon tinggi, aku pulak banyak masa free nak gi blogwalking menyinggah kat blog-blog orang..memang best ah masa tu..ramai kawan blogger..tapi sekarang dah slow..member aku pon ada cakap blog aku dah tak best..huhuhu...aku admit lah kenyataan tu..

Sekarang ni pon aku masih blogging sebab:


1. Ada idea atau ilmu untuk aku share.

Aku dah share beberapa tips yang agak gila-gila kalo korang nak try boleh tengok kat sidebar blog aku nih yang tajuk Selamat Mencuba! . Ha...ko pilih lah nak tips yang mana..tu aku cipta sendiri..Pastu aku ada jugak share buku-buku yang aku baca. review buku. Ada banyak lagi buku yang aku baca yang tinggal dalam draft je tak publish. 


2. Kisah hidup

Dulu lagi aku dah gitaw aku buat blog sebab nak simpan memori macam diari. Kalo yang ushar blog aku since 2009 sampai sekarang aku banyak cerita pasal kehidupan seorang pelajar. Sejak zaman matrikulasi, masuk u sampai masuk maktab ni aku cerita macam-macam aktiviti yang aku buat. Ada lah jugak terselit siket siket citer pasal zaman emaresem. Hidup aku banyak bersama kawan-kawan. 

Cuma dalam blog ni aku tak citer pasal BOYFRIEND. Waktu awal-awal aku blogging pon Hanis Zalikha dah cakap jangan citer pasal boyfriend dalam blog..sebab kita tatau one day kita akan putus ngan dia..pastu ko nak tinggalkan memori ngan dia lagi kat dalam blog ni? Memang tak lah kan!..baik ko jangan citer dari awal. 


3. Aku ada misi

Misi membantu rakyat malaysia menjadi lebih sihat. Sejak kenal ngan herbalife aku jadi seorang yang menjaga kesihatan dan pemakanan. Aku tau ramai orang dah tak sihat sekarang dan ramai yang gemuk...sebab tu bersepah orang jual produk untuk kurus..oleh sebab aku tau nutrisi apa yang bagos untuk semua orang jadi aku share dan sedia membantu sesape yang nak improve masalah kesihatan..untuk maklumat lanjut boleh klik ruangan HERBALIFE kat tab bawah gambar aku tongkat dagu kat atas tu..hehehe..


Tu jerlah point aku..aku adore ngan blogger yang dah blog bertahun-tahun dan masih lagi blogging macam kak ceeramoon. Dia dah blog since sebelum kawen, dah kawen dan dah ada anak 2 dah masih lagi aktif blogging..Aku selagi mampu aku mau stay blogging even tak de orang view blog ni pon tak pe...nanti boleh aku tunjuk kat anak aku nanti blog ni..


1 comment:

Cik Renex said...

sayang nak tinggalkn blog kan..sama la kita..semoga kita tegar dalam berblog. heee