Sunday, November 16, 2014

selepas setlekan buku merah

Assalamualaikummmm...

Minggu ni minggu last aku bergelar student. Alhamdulillah dah setlekan jilid kajian yang sungguh mengganggu masa masa aku demi nak lengkapkan syarat dapat degree. Belajar 5 taun setengah takkan nak buat cincai cincai je kajian walaupun timbul rasa give up sepanjang nak siapkan laporan kajian.

Nah! Dah setle buku merah aku. Buat 5 copy. Satu je simpan kat aku.

Tadaaa..hamek kau siap bergambor depan jabatan.

Nak lagi elokjom bergambor bersama kawan kawan.

Lepas setle hantar jilid ke lecterer..kami gi makan kat padang jawa. Hamboiiii jauhnyer kami pergi lunch. Ala ala celebrate sempena dah antor jilid.

Lega acik oiiii lepas setle semua ni. Oh ya! Interviu pon kami dah setle. Sekarang tunggu nak habeskan paper last besok. Pastu yiihaaaa...berehat panjang ler masing masing.

Plannya nak lunch je pastu teus balik. Tapi melencong plak gi makan abc la pulok.


Kemain lagi ausss sekarang asyik ajak selfie je lepas pakai oppo. Lawa jugak kamera fon oppo. Kalo nak bandingkan ngan kamera depan aku yang lame ni.

Lepas makan abc eh eh melencong lagi. Gi tengok street art. Tapi sayang tempat macam tak jaga jer. Tak menarik sangat. Nak yang cun pergi jalan plumpum.

Lets bergambor secara berjemaah sebelum hujan turun. Sekarang musim hujan. Petang petang nak keluar memang tak syiokkk.. Tambah pulak kl ni bila hujan memang jem menggila.

Bila dah hujan. Jom ler kita balik.

Itulah ceritanya daripada nak gi lunch jer..sampai melencong ke lain.

Hashtag# memorifantasticfour

Bai!

No comments: