Thursday, January 15, 2015

Highlight 10 kisah sepanjang 2014


Assalamualaikum..

apa khabar semua di permulaan tahun baru ini? Bagus sekiranya kamu bersemangat dan berazam mahu menjadi manusia yang lebih baik daripada tahun lepas. Semestinya banyak pengalaman suka duka pahit manis yang kita semua tinggalkan.


Jom kita senaraikan the best 10 kenangan yang kita telah lalui sepanjang tahun 2014. Tak kisahlah yang suka mahupun duka.


1. Menamatkan pengajian selepas 5 tahun setengah di maktab.

Berada di situ bersama sama rakan rakan banyak mengajar aku erti kedewasaan dan kematangan. Banyak sekali ilmu aku dapat dari pensyarah, guru, sekolah, rakan rakan dan anak murid sebagai persiapan untuk ke sekolah nanti. Dalam blog ni pon aku banyak bercerita tentang pengalaman nak jadi cikgu. Korang godek godek sendiri lah blog ni.



2. Kemalangan pertama dalam hidup

Pada awal tahun lepas aku accident di langgar kereta. Satu kemalangan yang menyebabkan aku yang tak suka pada klinik dan hospital terpaksa berulang alik ke sana beberapa kali sampai berlarutan ke tahun ini. Kemalangan yang membuatkan aku trauma sehingga muncul dalam mimpi aku lebih sebulan. Yang meninggalkan parut kekal pada aku. Semoga aku cepat sembuh. (T_T)



3. Farewell trip di PD

Selepas tamat exam last tahun last, classmates aku fantasticfour telah jalankan holiday kami yang terakhir bersama sama. Banyak kisah aku dan rakan rakan sekelas di ceritakan dalam blog ni dan inilah classmates yang paling rapat penah aku ada sepanjang zaman belajar. manakan tidak. Kami masuk maktab pada zaman belasan tahun dan habes bila dah berusia 20an. Dah kenal perangai masing masing dan rasa macam adik beradik. Tapi last last dalam rasa adik beradik tu ada jugak yang tersangkut berkapel. Ehhh..bukan aku la. Orang lain.



4. Siapkan kajian

Part nak siapkan laporan kajian daripada proses pikir kan masalah sampailah siap dijilidkan memakan banyak kudrat untuk berfikir bersengkang mata kelam kabut..pelaburan dari segi duit jugak. Fuh..! alhamdulillah semuanya dah settle jilidkan buku merah. Laporan tak lah sehebat  macam kawan kawan yang lain. Dapatlah jugak jadi pembentang laporan semasa seminar penyelidikan peringkat maktab.



5. Family datang maktab

Kali kedua family datang menjenguk maktab aku selepas 5 tahun setengah mendaftarkan diri di situ. Kali pertama masa daftar  pastu kali kedua masa nak ambil aku balik. Angkut sekali semua barang setelah bertahun duduk situ. Huhuhu... Selama aku duk maktab tu nasir nazirul dan bekung je pernah singgah maktab aku. Mak aku ada la jugak datang KL tapi rombongan shopping ngan staff sekolah. Jumpa pon kat jalan TAR. Hok aloh laa.. Hahaha..



6. Ke bukit bendera

Salah satu tempat yang aku teringin nak melawat. Walaupon duk kedah berjiran ngan penang 5 tahun pon x penah gi sana. Pastu duk plan jer memanjang ngan kawan kawan kat sana pon tak jadi nak pergi. Last last PJBP ataupon jihad buat program kat skolah area penang dapatlah melancong ke bukit bendera dengan riang gumbira.  Sebagai penutup program kami, last sekolah kami pilih penang sebab boleh buat program sambil melancong.




7. Masalah laptop

Tahun lepas jer dah 3 kali aku tukar laptop. Yang first laptop sendiri yang dah digunakan sejak zaman matrik lagi tahun 2008. Banyak berjasa laptop tu mampu  beraksi sampai tahun 2014. Pastu pinjam adik aku punyer laptop 1 malaysia. Satu hari tu aku buat assignment 24 jam tak tutup dek kerana khusyuk benor menaip. Tetibe lepas antor assignment aku nak on balik skrin dah berbelang. Pulak dahhhh.. Baru antor satu assignment. Ada banyak lagi keje nak buat tampah ngan laporan kajian lagi. Yang last sekali pinjam laptop adik aku yang lain pulak. Alhamdulillah setel masalah.




8. Fon baru

Tadi masalah laptop. Ni masalah fon pulak. Oleh kerana aku selalu merungut dan mengadu kat ayah pasal telefon aku yang lama (telefon rebat yang bayar seringgit tu) speaker dia dah rosak. Bila kol orang tak dengar suara pastu tak dengar bunyi fon. Ayah pon belanja aku fon baru. Aku pernah beli fon sendiri sekali jer. Yang lain mak ayah belanja atas sebab pencapaian. Bukan sesajer nak bagi.



9. Abaikan blog

Tahun lepas aku paling worst update blog. Tengok la last publish entry bulan november. Awal tahun 2014 duk berazam nak update blog selalu ngan cerita cerita bermanfaat last last update sebulan sekali. Bizi benor tahun lepas tambah ngan hostel tak dapat line tenet pastu laptop problem. Tahun ni tatau nak kata la macam mana lagi. Hahahaha...



10. Keputusan Spp

Alhamdulillah. Aku dan kawa  lulus temuduga tersebut. Walaupon pada masa inteview banyak spekulasi yang keluar tentang penemuduga. Semua kawam yang dapat bilik 2 berdebor debor masa nak masuk bilik tu. Bila dah habes inteview semua lega siap boleh gelak lagi. Interview dah lulus sekarang duk pakat tunggu penempatan jer. Semoga dapat tempat yang dipilih.

Cilok gambor dari Ig Mami...



Panjang lebor aku taip. Ni update pakai fon jer sementara line laju.. Tu jela 10 benda aku dapat highlight untuk kali ini.



Fuh! Lega dah update.
Xoxo~

No comments: