Sunday, March 22, 2015

Kenduri

Assalamualaikum..

Kali ni aku berpeluang turut serta dalam kenduri masyarakat Sarawak. Aku ikut sofia dan family ke kampung mereka di matu. Sangat style cara kenduri di sana. Kalo di kampung aku kami kalau kenduri arwah atau kecil kecilan memang makan hidang atas rumah jugak. Ada juga persamaan ngan di sini. Tapi yang style nyer..penyediaannya sangat efisyen dan teratur.


Minuman disediakan mineral water, satu jug air oren dan empat cawan dalam satu bekas. So nanti takdelah berebut air.

Nasi pulak diletak dalam satu bekas besar dan disediakan 4 pinggan letak sekali bawah tu. Senang nak ceduk nasi dan tak perlu melaung laung minta pinggan lagi kalau tak cukup.

Lauk ada pelbagai menu. Letak dalam satu tray semua menu tu. Sediakan 4 mangkuk dan 4 sudu untuk letak sup.

Dan dihidangkan seperti ini. Kalau kat kampung aku kami lapik pakai newspaper atau kain sproh tapi di sini mereka ada kertas kenduri. Beli satu gulung pastu hampar panjang panjang.

Tujuan mereka sediakan bekas semua 4 sebab mereka akan makan duk dalam kumpulan berempat. So lauk semua makan sama sama 4 orang. Macam kita makan berhidang di hotel atau restoran.

Dengan cara ni jugak boleh bajet bape orang yang datang. Senang kan nak kira.

Ni lah kertas kenduri yang aku cerita tadi..duduk ramai ramai makan sama sama. Dapat eratkan silaturahim.

Nanti aku nak suggest kat makcik makcik aku kat kampung buat style camni masa kenduri. Hehehe..


No comments: