Saturday, August 27, 2016

Tab

Assalamualaikum...

Awal minggu ni kami warga pendidik sarawak dah menerima tablet huawei sorang satu. Katanya hadiah kerajaan sempena hari guru. Ada jugak yang kata sempena BN menang pilihanraya di Sarawak tahun ni. Ntah ler mana satu yang betol. Papepon....

Terima kasih bebanyak lah yek..



So sekarang ni aku duk menaip entry pakai tab ni la. Tekial kial aku nak tekan huruf. Yang bestnya tab ni adalah dapat tarik tenet laju la sket. Selalunya berejam aku nak tunggu download worksheets untuk anak murid.

Tak boleh puji sangat bab tenet ni. Kang puji tetibe pulak tenet ni meragam.

Harap harap dengan wujudnya tab ni dapatlah aku download bahan bahan untuk anak murid aku ni ngan riang gumbira. Sap sap soi je dah siap cari bahan. Terutama untuk tunjukkan maksud vocab. Kang aku cerita je pakai ailio dorang kurang faham. Kalo ada gambor ni fahamlah siket. Insha allah...


No comments: